KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska, Mei lalu. Tertuduh, Nor Fatihah Abdul Rahim, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin. Mengikut pertuduhan, Nor Fatihah yang ketika itu bertugas sebagai pengasuh taska didakwa gagal menyediakan pengawasan dan pemeliharaan berpatutan sehingga menyebabkan kematian bayi berusia tujuh…