PETALING JAYA: Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat memohon untuk dideklarasikan sebagai `orang berkepentingan’ dalam prosiding inkues kematian anaknya itu. Peguam yang mewakili Noraidah, Hamid Ismail berkata, permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Koroner pada 19 Ogos lalu. “Dalam permohonan itu, kami memohon agar anak guam kami dibenarkan terlibat dalam prosiding inkues termasuk memeriksa dan menyoal balas saksi, meneliti dokumen serta membawa saksi dan dokumen tambahan bagi membantu koroner,”…