ALOR GAJAH: Seorang pemandu lori didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mencuri buah kelapa sawit seberat 540 kilogram (kg), dua minggu lalu. Majistret Dr. Teoh Shu Yee membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, M. Vijaya Kumar, 36, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri buah kelapa sawit seberat 540 kg yang diusahakan oleh syarikat Mengkuang Jaya Sdn. Bhd. (pemajak…