Ahli sindiket curi susu formula didakwa

Ahli sindiket curi susu formula didakwa

MOHD. Safri Jilji dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Alor Gajah, Melaka atas pertuduhan mencuri 11 kotak susu bernilai RM1,826.10. - UTUSAN/ARIF HAMIZAN MISKON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang ahli sindiket curi susu formula dengan cara menyorokkannya di celah kangkang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri 11 kotak susu bernilai RM1,826.10, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Safri Jilji, 32, mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret N. Sivashangari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama dua lagi yang masih bebas telah didapati dengan niat mencuri 11 kotak susu bernilai RM1,826.10 di 99 Speedmart Taman Paya Emas dan 99 Speedmart Bandar Baru Sungai Udang dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 7 malam pada 1 dan 2 Ogos 2025.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah dihukum dengan pemenjaraan dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) di baca bersama Seksyen 34 KK.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Roslan mencadangkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Chua Yong Yi merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya baru menjalani pembedahan dan perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Melaka, selain menjaga ibunya yang menghidap strok.

Katanya, tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada pendapatan isteri yang bekerja di salun kecantikan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 7 Oktober ini bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×