KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam negeri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa melibatkan beberapa permohonan tanah kerajaan di Terengganu. Perintah reman sehingga 18 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi ini. Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan sekitar pukul 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri. “Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam penyelewengan tanah kerajaan negeri antara 2019 hingga 2023.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya