KUALA LUMPUR: Empat individu warga asing dan seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah melebihi dua kilogram, bulan lalu. Tiga lelaki warga Taiwan, Lu Jui Tse, 27; Chang Heng Pin, 37; Hsu Chia Kuei, 28; seorang wanita warga Vietnam, Do Thi Thanh Thanh, 20, dan lelaki tempatan, Yee Wei Keh, 37, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka…