PETALING JAYA: Ibu kanak-kanak autistik, Ismanira Abdul Manaf menafikan pernah berselisih dengan jirannya yang juga saksi pendakwaan ke-16 (SP16), pada waktu tengah hari Zayn Rayyan Abdul Matin dilaporkan hilang, 6 Disember 2023. Katanya, semasa mencari anaknya, dia tidak bertemu dengan mana-mana individu termasuk jiran aras sama di blok R, Rashidah Rajali. Ismanira turut menafikan dia sempat menukar pakaian semasa singgah di rumah, sebelum bergegas turun untuk mencari Zayn Rayyan yang…