SIS Forum: Fatwa hanya terpakai pada individu, bukan pertubuhan

SIS Forum: Fatwa hanya terpakai pada individu, bukan pertubuhan

warga emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Selangor mengatakan SIS Forum sebagai sesat tidak boleh diguna pakai terhadap pertubuhan itu.

Bagaimanapun, fatwa itu masih sah dan terpakai kepada mana-mana individu yang bertanggungjawab atas apa-apa tindakan syarikat, pertubuhan atau institusi yang melanggar fatwa tersebut, adalah kekal terikat dengannya.

“Kami mendapati perkataan ‘persons professing the religion of Islam’ atau dalam Bahasa Melayu ‘orang-orang yang menganut agama Islam’ yang diguna pakai hanya boleh merujuk kepada orang-orang sebenar (natural persons) dan bukan orang-orang buatan/tiruan (artificial persons) seperti sebuah syarikat. 

“Tafsiran peruntukan perlembagaan ini adalah seiring dengan kedudukan hanya seorang manusia sebenar dapat melafazkan kalimah Syahadah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan ibadah haji – perkara-perkara yang merupakan rukun agama Islam. Dalam konteks yang sama, sesebuah syarikat sebagai orang buatan atau ciptaan tiada kapasiti untuk bertaubat seperti mana yang dicadangkan oleh fatwa tersebut.

“Dengan ini adalah dapatan kami bahawa sesebuah syarikat tidak boleh ‘menganut’ agama Islam untuk ia diklasifikasikan secara sah sebagai ‘orang-orang yang menganut agama Islam’ dalam fatwa tersebut,” kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membaca penghakiman ringkas panel terbabit.

Pada Julai 2014, Jawatankuasa Fatwa Selangor mewartakan fatwa terhadap SIS Forum dengan menyatakan kumpulan itu mengamalkan ideologi liberalisme dan pluralisme yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Oktober tahun sama, pengasas SIS Forum, Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memfailkan permohonan mencabar keputusan jawatankuasa fatwa tersebut.

Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan pada Ogos 2020 dan Mac 2023 menolak permohonan semakan kehakiman dan rayuan mereka untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat kerana mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa berkaitan hukum syarak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN