Eda Ezrin dipenjara hingga 6 Julai ini

Eda Ezrin dipenjara hingga 6 Julai ini

EDA EZRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Penyanyi lagu Bea Soba Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan yang dibebaskan atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda berkemungkinan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat di sini, sehingga 6 Julai.

Mahkamah Agung mungkin menjadi lokasi terakhir yang akan menentukan nasib mereka.

Jurucakap Mahkamah Nara­thiwat dilaporkan berkata, ini susulan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan pembebasan kesemua rakyat Malaysia itu pada 30 Mei lalu.

Katanya, ia sekali gus menyaksikan mereka perlu berada selama sebulan lagi di Penjara Pusat Narathiwat.

“Berdasarkan kes-kes sebelum ini dan de­ngan jumlah dadah yang dirampas terlalu banyak. Kes ini dijangka dibawa ke Mahkamah Rayuan, malah mungkin sehingga ke Mahkamah Agung.

“Ini pastinya akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. Jika bebas, semua bebas. Kalau salah semua akan dipenjara.

“Dadah yang dirampas ba­nyak tapi tiada siapa yang me­ngaku. Inilah yang pendakwa raya akan buktikan, sekiranya seorang dua mengaku yang lain akan bebas,” katanya.

Jurucakap mahkamah memberitahu, ini merupakan kali keempat mahkamah membenarkan permohonan pendakwa raya bagi melanjutkan tempoh memfailkan rayuan sejak kesemua tertuduh dibebaskan pada 6 Mac lalu.

“Dalam tempoh sebelum 6 Julai, pendakwa raya hanya boleh mengemukakan rayuan untuk perbicaraan semula kes itu di Mahkamah Rayuan.

“Mengikut undang-undang Thailand, pendakwa raya dibenar mengemukakan empat kali permohonan bagi melanjutkan tempoh memfailkan rayuan. Pihak pendakwa raya mesti mengemukakan permohonan itu dari sebulan ke sebulan dan tidak lebih empat kali,” katanya.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan pertama pendakwa raya antara 6 Mac hingga 6 April, kedua (6 April-6 Mei) dan ketiga (6 Mei-10 Jun).

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Eda Ezrin, suami dan empat rakan yang dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Narathiwat, perlu kembali semula ke penjara.

Sekiranya tiada ra­yuan, Eda Ezrin; suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama Eridieka Mohd. Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, akan dibenarkan pulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN