MELAKA: Seorang penjawat awam dan seorang pesara sebuah jabatan kerajaan di Melaka mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan iaitu bersubahat dan menerima suatu barang berharga berjumlah RM6,800 antara Julai 2022 hingga Februari 2023. Tertuduh, Yusmawati Mohamad Yussop, 48, dan Rosni Leman, 61, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, Yusmawati ketika bertugas sebagai…