SEREMBAN: Selepas lebih dua tahun inkues berlangsung, Mahkamah Koroner Seremban semalam memutuskan punca kematian seorang bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, adalah disebabkan tekanan pada leher. Koroner, Datin Surita Budin dalam prosiding pendengaran keputusan inkues berkata, mahkamah membuat dapatan bahawa kematian bayi berusia 15 bulan pada Februari 2022 itu disebabkan tergantung di…