MELAKA: Seorang anggota polis bantuan dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM2,000 selepas tertuduh mengaku bersalah menumbuk muka isterinya. Tertuduh, Mohd. Haniff Zainuddin, 48, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja telah menyebabkan cedera kepada isterinya berusia 45 tahun, kira-kira pukul 7.30 malam di sebuah rumah di Taman Paya Rumput Indah dalam daerah Melaka…










