Penyelia restoran yong tau fu didakwa pecah amanah

Penyelia restoran yong tau fu didakwa pecah amanah lebih RM80,000

TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah RM81,126.86 sejak Mac lalu. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penyelia restoran yong tau fu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 25 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah RM81,126.86 sejak Mac lalu.

Tertuduh, Nur Putra Assyarafain Zuhari, 22, mengaku tidak bersalah sejurus 25 pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai penyelia premis telah diamanahkan dengan harta iaitu wang hasil jualan sebanyak RM81,126.86 yang mana tertuduh gagal menyerahkannya kepada syarikat.

Perbuatan itu dilakukan di kaunter premis Tokmer Enterprise Cawangan Jasin Bestari dalam daerah Jasin antara 17 Mac dan 19 Jun 2024.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashisah Baharom dan Nur Syazwani Marizan menawarkan jaminan RM50,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan perlu menanggung ibu bapa dan dua adik.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM42,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos ini untuk lantikan peguam dan sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN