MELAKA: Seorang kerani firma guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi suapan kepada kenalannya untuk membuat laporan polis palsu bagi tuntutan kemalangan jalan raya, tujuh tahun lalu. Tertuduh, R. Selvarajah, 59, mengaku tidak bersalah sejuruh pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah secara rasuah memberi satu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM3,000 kepada Abdul Karim Mohamad sebagai…








