MELAKA: Seorang penolong pegawai di Jabatan Perangkaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyalah guna harta dan membuat tuntutan palsu berjumlah RM84,194.10 sejak tiga tahun lalu. Tertuduh, Norrul Huda Marsidin, 40, mengaku tidak bersalah sejurus enam pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Berdasarkan tiga kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Melaka dan Pertubuhan Belia…