MELAKA: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara kepada seorang lelaki berusia 22 tahun, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah bagi pertuduhan pilihan menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan kekasihnya. Tertuduh, Ahmad Shamil Ashraf Zainudin membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid. Berdasarkan kertas pertuduhan pilihan, tertuduh didapati telah melakukan satu homosid mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh ke atas…