Mengaku cederakan teman wanita pada raya pertama

Mengaku cederakan teman wanita pada raya pertama

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mengaibkan dan mencederakan teman wanitanya. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah mengaibkan dan mencederakan teman wanita pada hari raya pertama, seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nabilah Nizam membuat ketetapan itu setelah menerima pengakuan tertuduh, Muhammad Nur Fitri Lot, 29, sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan dua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat hendak mengaibkan kehormatan Norshilah Bustami, 36, dengan cara memarahi mangsa menggunakan kata-kata kesat.

Sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau keduanya mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau keduanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 6 petang di hadapan sebuah rumah bernombor di Jalan AP 7, Taman Alai Perdana dalam daerah Melaka Tengah pada 10 April 2024.

Mengikut fakta kes, tertuduh memaki hamun menggunakan kata-kata kesat seperti ‘bodoh’, ‘perempuan pelacur’ serta ‘kahwin jantan itu’ dalam sebuah kereta Perodua Kancil dan cuba menyerang mangsa.

Tertuduh juga bertindak menutup pintu dengan kuat hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dahi kiri.

Mangsa turut melihat status tertuduh di aplikasi Whatsapp yang memuat naik gambar wanita itu bersama kapsyen mengaibkan.

Mahkamah menjatuhkan denda RM1,500 bagi setiap pertuduhan atau tiga bulan penjara jika gagal bayar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×