KUALA LUMPUR: Semua prosiding melibatkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ditangguhkan sepenuhnya oleh Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan pihak pendakwaan sementara menunggu pelupusan rayuan terhadap pembebasan beliau daripada empat pertuduhan rasuah. Rayuan itu dijadualkan didengar oleh Mahkamah Rayuan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Februari ini. Azura membenarkan permohonan pihak pendakwaan selepas berpuas hati…