ALOR GAJAH: “Saya tak mahu pengalaman yang saya lalui ini turut dirasai oleh ibu-ibu lain. Peristiwa ini memang musibah bagi saya dan keluarga.” Itu luahan K. Vathma, 55, ibu kepada mendiang R. Darvnrajh yang dipercayai dibunuh pada 10 September lalu di tepi jalan Ladang Gadek, Kemuning di sini. Ketika ditemui Utusan Malaysia, Vathma berkata, keluarganya menuntut keadilan sewajarnya agar pelaku menerima hukuman setimpal dengan jenayah dilakukan. “Saya menganggap kejadian yang…