Denda RM50,000 buat tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Denda RM50,000 buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembekal tenaga kerja didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, S. Ratah, 54, yang merupakan pemilik syarikat Star Skill Sdn. Bhd. telah menggunakan dokumen palsu iaitu Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja bertarikh 3 dan 6 Mei 2021 untuk membuat tuntutan berjumlah RM31,200 bagi 12 individu yang bukan pekerja syarikat berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar Mei 2021 di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, Kampung Baru di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika mengemukakan rayuan, peguam bela, Shamani Nadeson yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman yang rendah memandangkan Ratah mempunyai masalah kesihatan.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Mohamad Fadhly Mohd. Zamry bagaimanapun memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM50,000 sebagai pengajaran.

“Jumlah denda RM50,000 adalah wajar diberikan kepada tertuduh kerana banyak kesalahan sedemikian berlaku dan telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain,” katanya.

Hakim Suzana Hussin selepas memepertimbangkan hujah dan rayuan pihak-pihak terlibat menjatuhkan hukuman denda RM50,000 terhadap tertuduh.

Mahkamah turut megarahkan Ratah dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN