Penjual roti mengaku salah pukul isteri hingga parah

Penjual roti mengaku salah pukul isteri hingga parah

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan memukul isterinya sehingga mengalami kecederaan parah. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah memukul isteri sehingga mengalami kecederaan parah, seorang suami berdepan hukuman penjara 14 tahun selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Nor Amin Ahmad, 39, yang bekerja sebagai penjual roti mengaku bersalah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap isterinya berusia 40 tahun di ruang tamu sebuah rumah di Taman Kasa Height Residence dalam daerah Alor Gajah, kira-kira pukul 7.55 malam pada 11 Mei 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan denda atau kedua-keduanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan berkenaan tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, pendakwaan memohon jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang mana tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis serta tidak mengganggu mangsa dan saksi.

Tertuduh merayu jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menanggung empat anak.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM13,000 berserta syarat tambahan dan menetapkan 14 Jun depan bagi keputusan hukuman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.