Bekas pengurus besar badan berkanun direman enam hari

Rasuah: Bekas pengurus besar badan berkanun direman enam hari

SUSPEK direman enam hari selepas perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bekas pengurus besar badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat menerima rasuah berjumlah RM47,000 pada 2021.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam terhadap suspek berusia 41 tahun itu.

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki itu ditahan pukul 10 malam semalam selepas hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Suspek dipercayai telah memperakukan kesempurnaan projek kerja-kerja pembersihan, penyediaan tapak serta infra di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Rakyat bernilai RM90,000.

Sebagai balasan, suspek dipercayai meminta dan menerima sejumlah RM47,000 daripada syarikat yang berjaya memperolehi sebut harga berkenaan.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“Sabit kesalahan suspek boleh didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN