Anak mengaku kelar ibu guna pisau potong daging

Anak mengaku kelar ibu guna pisau potong daging

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mengelar ibu dan adik kandungnya sendiri. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang anak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan mengelar ibu dan adik kandungnya sendiri, sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada kedua-dua mangsa.

Tertuduh, Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, berdepan penjara 80 tahun, namun Hakim Mohd. Sabri Ismail menangguhkan hukuman berkenaan sementara menunggu laporan pemeriksaan kesihatan mental.

Ia susulan, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat beberapa isu berkaitan keadaan mental tertuduh.

Justeru, pendakwaan memohon tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor untuk pemeriksaan psikiatrik mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada ibu dan adiknya berusia 49 dan 11 tahun dengan menggunakan pisau potong daging yang merupakan suatu alat untuk menetak.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Mac 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 40 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah menetapkan 19 April depan sebagai sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya