Tiga lelaki mengaku berjudi Piala Dunia

Tiga lelaki mengaku berjudi Piala Dunia

KESEMUA tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan membuat pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2022. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiga individu didenda keseluruhan RM7,300 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2022.

Kesemua tertuduh, Richard Danker, 54; Linus Hilary Pinto, 60, dan Lim Soon Boon, 34, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Richard dan Linus Hilary didapati telah membuat pertaruhan bola sepak Piala Dunia FIFA Qatar 2022 secara dalam talian dengan menggunakan telefon bimbit membabitkan nilai RM150,250.

Perbuatan itu dilakukan di Medan Portugis, Kampung Portugis pada pukul 4 dan 4.10 pagi pada 14 Disember 2022.

Soon Boon pula didapati melakukan kesalahan sama berjumlah RM75,000 di tepi Jalan Daranjo, Kampung Portugis kira-kira pukul 6.40 petang pada 10 Disember 2022.

Ketiga-tiga tertuduh boleh didenda RM5,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman berbentuk denda yang rendah diberikan dengan alasan hanya bekerja sebagai nelayan, penganggur dan pekerja restoran.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah kemudian menetapkan denda RM2,500 terhadap Richard dan RM2,400 masing-masing kepada Linus Hilary dan Soon Boon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya