Cikgu pukul cikgu berebut parkir

Cikgu pukul cikgu berebut parkir

MUHAMMAD FUAD Jahaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan secara bersama-sama melakukan gaduh gempar dengan memukul antara satu sama lain. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul seorang wanita yang juga guru sehingga cedera kerana berebut parkir di kawasan perumahan.

Tertuduh, Muhammad Fuad Jahaya, 47, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada jirannya dengan cara memukul di bahagian kepala dan lengan menggunakan tangan.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau dengan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, tertuduh dan suami mangsa, Rosli Baba, 60, yang merupakan pesara guru turut didakwa atas pertuduhan secara bersama-sama melakukan gaduh gempar dengan memukul antara satu sama lain.

ROSLI Baba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan secara bersama-sama melakukan gaduh gempar dengan memukul antara satu sama lain. – UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1 tengah hari di Jalan Bertam Setia 12, Taman Bertam Setia dalam daerah Melaka Tengah pada 19 Disember 2022.

Difahamkan, pergaduhan berpunca daripada perebutan ruang parkir dan berlaku ketika tertuduh ingin keluar menunaikan solat Jumaat di masjid.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohammad Naim Abd. Jalil mencadangkan jaminan RM3,000 terhadap Muhammad Fuad bagi kesalahan di bawah Seksyen 323 dan RM5,000 setiap seorang bagi kesalahan Seksyen 160.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan masing-masing memberi alasan perlu menanggung keluarga, selain Rosli memberitahu dia kini merupakan pesara guru.

Mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Fuad diikat jamin RM1,000, manakala Rosli sebanyak RM500 dengan seorang penjamin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya