Bawa anak OKU merompak, bapa curi rokok dipenjara lima tahun

Bawa anak OKU merompak, bapa curi rokok dipenjara lima tahun

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjatakan pisau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perbuatan tidak bertanggungjawab seorang bapa sanggup membawa anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam merompak sebuah premis serbaneka 24 jam berbalas, selepas dia dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ismail Noordin, 32, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan rompakan bersenjatakan pisau dan melarikan dua kotak rokok serta wang tunai RM177 milik sebuah kedai serbaneka 24 jam kira-kira pukul 1.20 tengah hari di Taman Sutera, Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah, 23 Disember 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun berserta denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari meminta hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dikenakan dengan alasan telah insaf, selain perlu menanggung isteri dan tiga anak.

Mahkamah kemudian menjatuhkan lima tahun penjara berserta tiga sebatan.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri tiga bentuk cincin emas 916 kira-kira pukul 5 petang di kaki lima CIMB Bank Kota Laksamana pada 12 Disember 2022.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN