Pemandu lori rempuh dua beranak direman empat hari

Pemandu lori rempuh dua beranak direman empat hari

PERINTAH reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Jasin, Melaka terhadap suspek bagi membolehkan siasatan dilakukan polis mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Pemandu lori yang mengakibatkan kemalangan di Kilometer 179.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Jasin di sini semalam sehingga meragut satu nyawa, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Jasin, Tan Chai Wei terhadap suspek lelaki berusia 37 tahun itu.

Ini bagi membolehkan siasatan dilakukan polis mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian, yang mana sabit kesalahan suspek boleh dipenjara 10 tahun dan denda RM20,000.

Suspek yang memakai pakaian lokap tiba di pekarangan mahkamah pukul 9.15 pagi tadi dengan diiringi anggota polis.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, malang tidak berbau buat dua beranak apabila dirempuh sebuah lori tunda sebaik sahaja selesai menukar tayar kereta mereka yang pancit.

Nahas yang berlaku kira-kira pukul 10.00 pagi itu telah mengorbankan si bapa, Khaidzir Zainuddin, 59, di tempat kejadian manakala anak lelakinya, Muhammad Ashaf Khaidzir, 22, cedera pada bahagian tangan dan muka.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pengerang, Johor sebelum tayar kereta mangsa pancit ketika tiba di lokasi.

Jelasnya, semasa sedang berkemas apabila selesai menukar tayar, lori tunda yang berhenti di belakang kereta mangsa telah dilanggar oleh sebuah lagi lori jenis Hicom dipandu suspek.

Ujarnya, saringan air kencing dilakukan terhadap suspek bagaimanapun didapati negatif manakala sampel darah turut diambil bagi mengesan kandungan alkohol atau dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya