Terima sogokan RM3,000, penjawat awam direman - Utusan Malaysia

Terima sogokan RM3,000, penjawat awam direman

MAHKAMAH Majistret mengeluarkan perintah reman terhadap seorang penjawat awam yang dipercayai menerima sogokan bernilai RM3,000 daripada sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang penjawat awam dipercayai menerima sogokan bernilai RM3,000 daripada sebuah syarikat direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ellyna Othman mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dia yang bertugas sebagai anggota penyelamat itu disyaki melakukan perbuatan itu pada Disember tahun lalu.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam dikatakan telah menerima rasuah berjumlah RM3,000 daripada sebuah syarikat sebagai balasan untuk mendapatkan sokongan jabatannya bagi membolehkan sebuah syarikat memperoleh lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya