Tanam ganja, lelaki dipenjara seumur hidup - Utusan Malaysia

Tanam ganja, lelaki dipenjara seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara seumur hidup berserta enam sebatan atas kesalahan memiliki dan menanam pokok ganja.

Tertuduh, Azril Surash Masree Samy, 45, dijatuhi hukuman berkenaan di Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah kerana memiliki dan menanam 12 pokok ganja pada dua tahun lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

“Selepas mengambil kira dan mempertimbangkan semua keterangan, fakta kes dan faktor kepentingan awam, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan dihukum penjara seumur hidup dan dikenakan enam sebatan,” katanya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Mega Ria, Batu 3 Jalan Air Panas pada 3 Ogos 2020.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 6B(3) Akta yang sama.

Sebelum ini, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan selepas mengaku bersalah kerana memiliki ganja di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Suhaimi Suriana manakala, tertuduh diwakili peguam Mark Rosaidey dan Muhammad Nazreen Jaafar. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya