Pendengaran kes saman fitnah lawak ‘rogol’ Ain Husniza 8 Disember - Utusan Malaysia

Pendengaran kes saman fitnah lawak ‘rogol’ Ain Husniza 8 Disember

kes mahkamah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kes saman fitnah yang difailkan seorang guru lelaki Pendidikan Jasmani sebuah sekolah menengah terhadap bekas anak murid dan bapanya akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 8 Disember nanti bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

Peguam cara, Rasshidi Syed yang mewakili guru, Khairul Nizam Sanuddin, 43, ketika dihubungi berkata, perintah berkenaan dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nur Syuhada Abdullah selepas pengurusan kes dilakukan secara dalam talian hari ini.

Khairul Nizam, 43, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu melalui Tetuan Rasshdi, Ema & Yong di Mahkamah Shah Alam pada 26 November lalu, dengan menamakan Nurain Husniza Saiful Nizam,17, dan bapa remaja itu Saiful Nizam Ab. Wahab, 42, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Menurut pernyataan tuntutan yang diperoleh media, plaintif yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) di sini telah menyentuh sub-topik “Amang Seksual dan Tingkah Laku Amang Seksual, Katakan Tidak Kepada Amang Seksual, Kesan dan Akibat Amang Seksual” yang terkandung di bawah tajuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Plaintif yang telah mengajar selama 21 tahun di sekolah berkenaan menyatakan sepanjang proses pembelajaran itu, kesemua pelajar wajib membawa dan merujuk kepada Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5.

Plaintif menafikan ada membuat lawak lucah atau lawak berkenaan rogol sepanjang sesi pembelajaran PJPK tersebut serta tiada galakan kepada perlakuan rogol malah itu adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran semata-mata untuk pemahaman dan pengajaran.

Plaintif juga memohon satu perintah injuksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan apa jua kenyataan berkenaan plaintif yang berbaur fitnah atau ejen mereka dihalang daripada mengulangi kesemua pernyataan tidak benar itu di mana sahaja dalam apa jua bentuk.

Guru terbabit turut menuntut permohonan maaf daripada remaja terbabit dan bapanya yang akan diterbitkan di semua laman sosial milik mereka dan pihak ketiga yang dikenalpasti serta di akhbar pilihan plaintif.

Pada masa sama, plaintif turut memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi akibat kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditaksirkan oleh mahkamah selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pihak defendan diwakili peguam, Sankara Nair.

Sementara itu, akhbar semalam melaporkan pasangan anak-beranak terbabit akan memfailkan saman balas terhadap Khairul Nizam yang menyaman mereka dan pihak lain atas (dakwaan) sengaja mengakibatkan tekanan emosi (tort of intentionally inflicting emotional distress atau IIED).

Mereka juga merancang untuk turut membawa menteri pendidikan, pengarah jabatan pendidikan Selangor serta pengetua sekolah atas dakwaan gagal melindungi Ain daripada insiden itu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.