Penulis tak mengaku tipu jiran - Utusan Malaysia

Penulis tak mengaku tipu jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penulis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menipu jirannya RM2,500 berhubung geran pameran perniagaan.

Mengikut pertuduhan, Daljit Singh Bachittar Singh, 42, didakwa menipu Albert Chan Kok Kuan sehingga mangsa menyerahkan wang wang RM2,500 dengan mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun CIMB tertuduh di Jalan Ipoh, Sentul di sini, pada 27 Januari 2018.

Wang tersebut diserahkan bagi mendapatkan geran daripada Pameran Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) yang mana geran tersebut tidak wujud. 

Pertuduhan terhadap Daljit Singh dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat selain boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa, P. Nom Phot mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin namun peguam bela tertuduh, Erickka Faris Amir memohon jumlah jamin yang minimum atas atas anak guamnya bekerja sebagai penulis dan menanggung seorang isteri dan anak yang berusia 12 tahun.

Majistret Aina Azahra Arifin kemudian menetapkan ikat jamin sebayam RM4,800 dengan seorang penjamin dan kes akan ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Disember ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya