Permohonan Musa tangguh PRN Sabah didengar - Utusan Malaysia

Permohonan Musa tangguh PRN Sabah didengar

MUSA AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini sedang mendengar permohonan Tan Sri Musa Aman untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri Sabah bagi membolehkan mahkamah menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang sah.

Antara alasan yang diberikan ialah adalah bagi mengelakkan berlakunya letusan krisis perlembagaan di Borneo sebagaimana yang berlaku dalam krisis Menteri Besar Perak sebelum ini.

Pada 9 Mei 2018, Barisan Nasional yang diketuai Musa dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memenangi 31 kerusi DUN sekaligus mengekalkan kedudukan parti itu di Sabah.

Bagaimanapun, Musa hilang majoriti selepas lima ADUN berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan membentuk majoriti.

Mohd. Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 pada 12 Mei 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.