Akta hina mahkamah dikaji  - Utusan Malaysia

Akta hina mahkamah dikaji 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Undang-undang khas bagi menangani kes menghina mahkamah akan digubal dan kini kajian tentang perkara itu sedang dijalankan Jabatan Peguam Negara. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usaha itu telah dilakukan pada 2010 dan sepatutnya ia boleh disiapkan tiga tahun kemudian.

Namun terdapat beberapa pindaan yang dilakukan sehingga menyebabkan undang-undang tersebut perlu dikaji semula. 

“Tetapi setahun kemudian, Kementerian Dalam Negeri (KDN) buat pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 yang membabitkan peruntukan menghina mahkamah iaitu pada Seksyen 3(1)(c).

“Oleh itu, rangka perundangan khas ini terpaksa dikaji semula supaya ia selaras pindaan undang-undang berkaitan di peringkat kerajaan,” katanya pada Sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Liew Vui Keong (WARISAN-Batu Sapi) mengenai sama ada kerajaan bercadang memperkenalkan undang-undang khas seperti Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) 2016 di Singapura bagi menangani kes menghina mahkamah yang kian meningkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.