KANGAR: Program sembang santai komuniti Madani di Kampung Gial di sini mengeratkan hubungan serta penyatuan dalam kalangan masyarakat pelbagai golongan.
Turut hadir Pengarah Ghazali Shafie Graduate School (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM),
Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis yang meluangkan masa menyampaikan ceramah.
Program tersebut turut menjadi platform memperkukuh komunikasi dua hala antara agensi kerajaan dan komuniti, sekali gus meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap isu-isu semasa yang memberi kesan langsung kepada mereka.
Selain itu, program berkenaan turut disusuli dengan aktiviti kacau bubur asyura.-UTUSAN








