Aktiviti kemasyarakatan, pendidikan jadi fokus - Utusan Malaysia

Aktiviti kemasyarakatan, pendidikan jadi fokus

KAMARUL Azman Khamis pada mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) JPKKP Kampung Bukit Kura dan kampung sekitar yang lain.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pembangunan, aktiviti kemasyarakatan serta pendidikan sentiasa menjadi antara fokus Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) kawasan Padang Terap.

Ia sekali gus menjadikan kawasan luar bandar tersebut terus produktif.

Pengarah Ghazali Shafie Graduate School (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis yang mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) JPKKP Kampung Bukit Kura dan berapa kampung sekitar yang lain berkata, mesyuarat berkenaan memperincikan mengenai pembangunan masyarakat desa melalui aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan.

“Ia sekali gus menjadikan kawasan luar bandar produktif seiring dengan kawasan bandar. Selain itu, mesyuarat ini juga bagi mengeratkan ukhwah silatularahim dan persaudaraan.

“Kita juga melakukan persiapan bersempena program Maulidur Rasul yang bakal diadakan membabitkan penglibatan dianggar 2,000 orang yang dianjurkan Alumni 4B Padang Terap dan seluruh JPKKP Padang Terap.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN