Gadang Group rai insan istimewa

Gadang Group rai insan istimewa

KAKITANGAN  Gadang Group bergambar bersama penghuni Persatuan Insan Istimewa Cheras, Selangor, ketika mengunjungi pusat komuniti istimewa itu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAKITANGAN Gadang Group mengunjungi Persatuan Insan Istimewa Cheras, Selangor sebagai usaha mendekati dan menyumbang kepada masyarakat istimewa.

Kunjungan itu memberi pengajaran tentang kepentingan inklusiviti, keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat. 

Para peserta tersentuh melihat ketabahan penjaga di pusat komuniti berkenaan yang amat memberi inspirasi.

Pengalaman itu mengukuhkan keyakinan syarikat bahawa setiap hubungan bermakna dan setiap usaha, walau kecil tetapi mampu memberi impak jangka panjang kepada masyarakat. 

Inisiatif ini selaras dengan matlamat syarikat untuk terus memainkan peranan positif dalam komuniti setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN