PETALING JAYA: Pertubuhan Banjar Malaysia (PBM) baru-baru ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahun Kali Ke-22 di Bagan Serai, Perak.
Majlis berkenaan dihadiri lebih 100 orang ahli pertubuhan itu yang sekali gus menunjukkan komitmen tinggi masyarakat Banjar di negara ini terhadap hubungan dan silaturahim dalam kalangan etnik berkenaan.
Lebih istimewa majlis itu turut diserikan dengan kehadiran wakil Kerukunan Bubuhan Banjar Sedunia (KBB), Dr. Irianto Lambrie dan Mohamad Ary Ahchdayani.
Sebagai wakil KBB, Dr. Irianto dan Mohamad Ary,mengucapkan terima kasih atas peranan penting PBM dalam memperkukuh hubungan serantau Bubuhan Banjar.
Irianto yang juga ketua KBB Wilayah Kalimantan Timur dan Koordinator KBB Kalimantan dalam ucapannya berkata, diaspora Banjar kini berada di serata dunia seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Arab Saudi, Taiwan dan Singapura serta yang paling ramai sudah tentu di Malaysia. – UTUSAN










