SHAH ALAM: IPD Ampang Jaya muncul juara Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Selangor 2025 selepas menewaskan IPD Shah Alam dengan keputusan 4-3 pada aksi final di Stadium Panasonic (KOMBES) Shah Alam, semalam.
Kejohanan anjuran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh itu berlangsung dengan keseluruhan empat pasukan yang bertanding.
Acara turut diserikan dengan perlawanan utama melibatkan pasukan Ketua Polis Selangor menentang Timbalan Ketua Polis Selangor.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar yang turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Selangor.
Penganjuran ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim. – UTUSAN