Gadang Group ceriakan warga PDK Kalumpang

Gadang Group ceriakan warga PDK Kalumpang

SEBAHAGIAN peserta dan kanak-kanak bergambar bersama dalam program kemasyarakatan anjuran Gadang Group dengan kerjasama Charity Right dan Mercy Mission di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kalumpang, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GADANG Group mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kalumpang, Selangor, baru-baru ini untuk meraikan kemeriahan bulan Syawal dengan acara rumah terbuka bersama kanak-kanak di pusat berkenaan dan keluarga mereka.

Program itu juga antara lain bertujuan mengeratkan hubungan dalam komuniti dan memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri.

Sepanjang acara tersebut, hadirin menikmati nyanyian lagu-lagu raya diikuti dengan pemberian duit raya dan agihan kotak makanan berkhasiat.

Program ini adalah hasil kerjasama antara Gadang Group, Charity Right dan Mercy Mission.

Ia bagi memberi impak positif dalam kehidupan mereka yang memerlukan bantuan terutama pada musim perayaan.

Gadang Group berharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi memberikan manfaat kepada komuniti yang lebih luas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN