TAPAH: Meskipun beberapa hari sudah berlalu, jeritan meminta tolong mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini masih lagi terngiang-ngiang di telinga Wahiddin Bahaudin. Mendiami rumah berhampiran lokasi kejadian menjadikan Wahiddin individu terawal yang menyaksikan detik-detik cemas pada Rabu lalu yang turut berusaha membantu menyelamatkan mangsa. Menurut lelaki berusia 58 tahun itu, rasa sebak menyesakkan dadanya apabila mengenangkan usaha menyelamatkan mangsa gagal dan mereka hanyut…