Raja Muda Perlis, Raja Muda Kedah berkenan hadiri SKAW Siri 34

Raja Muda Perlis, Raja Muda Kedah berkenan hadiri SKAW Siri 34

raja muda
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) dan Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin (tiga dari kiri) berkenan berbual dengan barisan kepemimpinan Tentera Darat pada Persidangan Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 34 bagi Tahun 2023 di Dewan Senat, UniSZA, Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAJA Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Kedah, Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan berangkat menghadiri Persidangan Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 34 bagi Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Senat, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim selaku Pengerusi Mesyuarat dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia (TDM), Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab.

Turut berangkat ialah Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu, Brigedier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud Al-Mukta Billah Shah dan dan Tengku Panglima Raja Pahang, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Objektif SKAW adalah bagi menyelaraskan segala hala tuju Askar Wataniah selaras dengan Pelan Strategik Hala Tuju Tentera Darat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya