Lebih 1,000 sertai March 4 Gaza di Malakat Mall

Lebih 1,000 sertai March 4 Gaza di Malakat Mall

gaza
SEBAHAGIAN pengunjung yang hadir menyertai perarakan March 4 Gaza di sekitar Malakat Mall, Cyberjaya, Selangor, barubaru ini. – UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEDUNG beli-belah ternama, Malakat Mall di Cyberjaya, Selangor menyaksikan lebih 1,000 pengunjung menyertai perarakan solidariti ke atas Palestin, March 4 Gaza baru-baru ini.

Program itu anjuran bersama pusat perniagaan tersebut dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Para peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan rakyat Palestin di Malaysia dengan mereka memakai ma a serta mengibarkan bendera Palestin.

Selain itu, mereka juga mengikuti persembahan nasyid, bacaan doa dan qunut nazilah serta menyaksikan video mengenai keganasan askar rejim Zionis Israel terhadap wilayah Gaza.

Kemuncak acara tersebut ialah pelancaran rasmi kempen gerakan Buy Muslim First (BMF) Global bagi membangkitkan kesedaran pembelian produk dikeluarkan usahawan Islam. Turut hadir sama ialah pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim; Pengerusi Lembaga KoPPIM, Mustapa Kamal Mohd. Razali dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya