28 pelajar Sekolah Islam Darul Azwar adakan lawatan sambil belajar

28 pelajar Sekolah Islam Darul Azwar adakan lawatan sambil belajar

sekolah
 SEBAHAGIAN pelajar dan tenaga pengajar DAIS bergambar di hadapan Muzium Negeri Kedah pada lawatan sambil belajar di Alor Setar, Kedah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 28 orang pelajar bersama guru-guru pengiring serta wakil Lembaga Pengelola Sekolah Islam Darul Azwar (DAIS) mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa lokasi di Kedah.

Lawatan dianjurkan secara bersama menerusi Kelab Bahasa Melayu dan Sejarah serta Kelab Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) itu berkunjung ke Muzium Negeri Kedah dan Pusat Sains Negara Wilayah Utara di Alor Setar.

Tujuan lawatan adalah untuk memupuk semangat belajar terhadap subjek Sains serta Sejarah yang mana objektifnya menyasarkan agar pelajar lebih aktif mempelajari subjek sukar dan tidak  menghadkan pembelajaran ilmu sains hanya di dalam kelas.

Pihak pengurusan DAIS berharap agar pelajarnya menimba ilmu pengetahuan baru sesuai dengan tahap, usia dan pemikiran masing-masing pada lawatan kali pertama itu. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.