SERAMAI 23 pemandu ambulans Hospital Lipis menyumbangkan tiga ekor lembu untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini di Hospital Lipis, Bandar Kuala Lipis baru-baru ini.
Penyelaras majlis korban, Bakri Abu Bakar berkata, penyembelihan tiga ekor ternakan itu dilakukan di Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku dan kemudiannya dibawa ke garaj kenderaan Hospital Lipis untuk dilapah secara bergotong-royong serta dibungkus daging bagi agihan kepada penerima.
“Daging korban ini diagihkan kepada seramai 587 orang kakitangan Hospital Lipis dan kami seramai 23 orang pemandu ambulans bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah korban tahun ini setelah sekian lama merancang serta berpakat mengumpulkan wang,” katanya di Hospital Lipis, Lipis baru-baru ini. – UTUSAN