LEBIH 10,000 penduduk tempatan memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Pahang di Dewan Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis, Pahang baru-baru ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, majlis turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan mendapat sambutan hebat pelbagai lapisan masyarakat, termasuk etnik Orang Asli.
“Tetamu bukan sahaja dari Pahang tetapi juga dari negeri lain seperti Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor,” katanya. – UTUSAN