Taiping Medical Centre hargai petugas barisan hadapan - Utusan Malaysia

Taiping Medical Centre hargai petugas barisan hadapan

KAKITANGAN Taiping Medical Centre mengagihkan nasi Arab kepada anggota di BBP Kamunting dalam Program Singgah Sahur di Taiping baru -baru ini. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 20 kakitangan Taiping Medical Centre (TMC) meraikan petugas barisan hadapan pada program singgah sahur di Taiping baru-baru ini.

Pada program itu, kakitangan TMC bersama pihak wartawan mengagih-agihkan juadah bersahur kepada petugas barisan hadapan yang mendepani Covid-19 antaranya Pertubuhan Kebajikan Marhaen Taiping; Ibu Pejabat PLUS Plaza Tol Taiping Utara; Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan Taiping; Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping dan Rumah Sri Kenangan Taiping.

Program itu bermula pada pukul 2 hingga 5.30 pagi dengan pengagihan sebanyak 200 pek sahur menu nasi Arab.

Pengurus Besar TMC, Zulkifli Abdullah berkata, program itu bagi menghargai petugas barisan hadapan termasuk menyantuni gelandangan dan warga emas di rumah Sri Kenangan Taiping, bagi mendapatkan keberkatan di bulan Ramadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN