120 pelajar sertai program Kasih Ramadan 2023 - Utusan Malaysia

120 pelajar sertai program Kasih Ramadan 2023

SALAH seorang pelajar dibantu ahli Mutiara UMT mencuba pakaian baharu dalam program Kasih Ramadan 2023 di Kuala Nerus, Terengganu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 120 pelajar yang kurang berkemampuan dari sekolah terpilih di Kuala Nerus, Terengganu menyertai program Kasih Ramadan 2023 dalam menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Program tersebut dianjurkan Kelab Wanita Universiti Malaysia Terengganu (Mutiara), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Badan Kerja Amal Wanita Profesional Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Berkat).

Presiden Berkat, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, sumbangan itu diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga pelajar yang kurang berkemampuan bagi meraikan sambutan Aidilfitri nanti.

“Berkat telah berjaya mengumpul kutipan dana sebanyak RM6,050 bagi menyokong dan seterusnya menjayakan program Kasih Ramadan bersama Mutiara UMT,” katanya.

Turut hadir Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar; Pengerusi Mutiara UMT, Wan Sarimah Wan Razak dan Pengarah Program Kasih Ramadan 2023, Dr. Razifah Mohd. Razali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN