Kontinjen Kelantan juara Pharmsports 2023 - Utusan Malaysia

Kontinjen Kelantan juara Pharmsports 2023

SEBAHAGIAN daripada atlet Farmasi Kelantan yang muncul juara keseluruhan Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan 2.0 2023 (Pharmsports 2023) di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

KONTINJEN Farmasi Kelantan memahat sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan 2.0 2023 (Pharmsports 2023) yang berlangsung di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Kontinjen Kelantan dinobatkan sebagai juara selepas mengumpul 375 mata, jauh meninggalkan pesaing terdekat iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya di tempat kedua dengan memperoleh 200 mata.

Pada kejohanan itu, Kelantan menghantar 112 atlet untuk menyertai lapan acara yang dipertandingkan. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN