140 ahli kelab Famili BB Hikers teruja daki Bukit Jelutong - Utusan Malaysia

140 ahli kelab Famili BB Hikers teruja daki Bukit Jelutong

SEBAHAGIAN daripada ahli kelab Famili BB Hikers bergambar kenangan di puncak Bukit Jelutong di Kampung Kepah, Hulu Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.

SERAMAI 140 ahli kelab Famili Bukit Besar (BB) Hikers teruja mendaki puncak Bukit Jelutong di Kampung Kepah, Hulu Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.

Bukit Jelutong yang mempunyai ketinggian 200 meter dari paras laut menyajikan pemandangan menarik berlatarbelakang gumpalan awan dikenali ‘awan karpet’.

Menurut ketua program itu, Amalia Mohd. Yusof, peserta memulakan pendakian secara santai di bukit tersebut seawal pukul 6.45 pagi.

“Peserta cukup bersemangat mendaki bukit tersebut dan tidak sabar sampai di puncak bukit itu untuk menyaksikan ‘awan karpet’,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN