Pelajar elektrik tahun akhir didakwa raba kanak-kanak 11 tahun

Pelajar elektrik tahun akhir didakwa raba kanak-kanak 11 tahun

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak 11 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pelajar tahun akhir sebuah institut latihan kemahiran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak 11 tahun yang dikenalinya melalui media sosial.

Tertuduh, Muhammad Adib Hishamuddin, 20, membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun antara pukul 4 petang sehingga 9 malam di Taman Bukit Beruang dalam daerah Melaka Tengah pada 14 November 2022.

Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama dengan cara meraba bahagian sulit mangsa di tandas awam dan bilik persalinan perempuan di sebuah kompleks tenis di Ayer Keroh, pukul 12 tengah hari 20 November 2022.

Tertuduh yang sedang menuntut dalam jurusan elektrik itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari mencadangkan jaminan RM10,000 dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius kerana melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun.

Peguam Andrew Lourdes merayu jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa yang juga saksi pendakwaan sehingga kes selesai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya